Mercedes-Benz kena denda di China kerana monopoli

By  |  0 Comments

mercedes-benz-three-pointed-star-illuminated

Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Mercedes-Benz, pengeluar kereta mewah anak syarikat Daimler AG didapati salah memanipulasi harga khidmat selepas jualan di China.

Berdasarkan laporan agensi berita Xinhua, sejak kebelakangan ini, syarikat dalam beberapa sektor industri sudah dikenakan tindakan, seiring dengan peningkatan penguatkuasaan yang diambil China bagi mendesak syarikat patuh kepada peraturan anti-monopoli yang diperkenalkan pada 2008.

Undang-undang itu membolehkan pihak berkuasa anti-monopoli iaitu Suruhanjaya Penambahbaikan dan Pembangunan Nasional (NDRC) mengenakan denda hingga 10 peratus daripada pendapatan tahun sebelumnya syarikat berkenaan di China.

Malah industri automotif di sana juga tidak ketinggalan dalam menjadi perhatian pihak berkuasa sehingga menyebabkan beberapa pengeluar seperti Mercedes-Benz, Audi dan BMW menurunkan harga alat ganti baru-baru ini.

Namun, Biro Harga Wilayah Jiangsu yang menjalankan siasatan minggu lalu, menemui bukti mengenai amalan anti-daya saing selepas menyerbu sebuah wakil jualan Mercedes-Benz di wilayah itu yang bersebelahan Shanghai.

Di mana Pemeriksaan Persatuan Dagangan Automotif dan Penyelenggaraan Automotif China, mendapati kos menggantikan semua komponen Mercedes-Benz C Class boleh menjadi 12 kali lebih mahal berbanding membeli sebuah kereta baharu.

Walau bagaimana pun, pada 5 Ogos lalu, Mercedes-Benz dilaporkan mengumumkan sedang membantu siasatau tersebut.

Baru-baru ini, NDRC juga mengeluarkan kenyataan bakal menghukum Audi (VW) dan Chrysler (Fiat) kerana amalan monopoli. Media China minggu lalu melaporkan Audi akan didenda sekitar 250 juta yuan (RM128.3 juta).

Pakar industri berkata, pengeluar automotif mempunyai terlalu banyak kawalan terhadap wakil pengedar dan pembekal komponen di China, sehingga membolehkan mereka mengawal harga, keadaan yang dianggap melanggar peraturan anti-monopoli di negara itu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *