McLaren P1 GTR penuh ledakan kuasa!

By  |  0 Comments

mclaren-p1-gtr-design-concept-1

Cukup mengujakan apabila rekaan konsep jentera McLaren P1 GTR akhirnya didedahkah secara rasmi di Pebble Beach Concours d’Elegance. P1 GTR ini diproduksi oleh McLaren Special Operation yang menyasarkan ia bakal menjadi jentera lumba terbaik di dunia. Ia dijanakan oleh enjin 3.8 liter twin-turbo V8 dan motor elektrik, yang mampu memuntahkan kuasa sehingga 1,000 PS!

Dengan penekanan yang lebih terperinci ke atas prestasi aerodinamik melalui rekaan kerangkanya yang bersifat dramatik, ia turut diberi penambah baikkan melalui penjana kuasa IPAS dan Formula 1-derived DRS. Malah turut mempertingkatkan sayap belakang dan sistem ERS-style. Bukan itu sahaja, ia turut menggabungkan kesemua pengalaman terbaik dalam menguasai litar lumba yang pernah dicipta dalam tempoh dua dekad ini.

mclaren-p1-gtr-design-concept-2

Diproduksi berdasarkan konsep model P1, jentera konsep P1 GTR ini telah mengoptimakan lagu kuasa aerodinamiknya termasuk kekemasan bentuk kerangka bagi memberikan prestasi yang lebih maksimum, menambahkan lagi karekteristik pengendalian dan pemanduan yang lebih cemerlang di litar lumba.

Profila bagi konsep rekaan P1 GTR ini lebih dramatik dengan suspensi yang lebih mantap dan rendah berbanding dengan jentera standard. Malah corong udaranya juga diilham berdasarkan model asli McLaren F1 dengan struktur bumbung daripada gentian karbon MonoCage.

Cermin sisinya pula telah diposisikan semula pada A-Pillar, bagi mendekatkan lagi jarak penglihatan pemandu serta mengurangkan lagi seretan aerodinamik.

Jentera lumba ini turut dipadankan dengan rim aloi 19 inci dengan penggunaan tayar yang mudah ditukarkan dengan menggunakan sistem onboard air-jack, sama seperti jentera 650S GT3.

Jentera P1 GTR ini akan mula diproduksi selepas 375 unit model P1 selamat dijual. Dengan harga yang ditawarkan iaitu 1.98 juta pound (RM10.43 juta), pembelian jentera ini turut ditawarkan dengan program pemanduan eksklusif McLaren P1 GTR dan akses ke McLaren Technology Centre di Woking, Surrey, UK bagi mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi pembikinannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *