Tiada lesen memandu & cukai jalan merupakan kesalahan utama pengguna jalan raya – JPJ

By  |  0 Comments

lesen-road-tax

Laporan Bernama telah memetik kenyataan daripada Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob, berkata, tiada lesen memandu dan cukai jalan yang sah merupakan dua kesalahan utama yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

Katanya daripada kira-kira 460,000 saman yang dikeluarkan JPJ tahun lepas, 80 peratus adalah atas dua kesalahan terbabit.

Manakala umur mereka yang melakukan kesalahan ini adalah dalam lingkungan 20-an sehingga 40-an.

Beliau berkata masalah itu berpunca daripada sikap sambil lewa pengguna yang mengambil mudah perkara berkenaan.

Sistem pembaharuan lesen memandu mengikut tarikh lahir pula hanya menyumbang sekitar 20 peratus dalam memastikan pemandu mempunyai lesen yang sah, katanya.

Mengulas mengenai operasi tersebut, Yusoff berkata sebanyak 716 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu 123 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Ini termasuk 57 kesalahan tiada lesen memandu dan 13 tiada cukai jalan.

Antara kesalahan lain yang turut dikesan ialah penggunaan nombor plat yang tidak dibenarkan, tiada cermin sisi, pemasangan cermin gelap dan tiada perlindungan insurans kenderaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *