Proton Global Small Car (GCS)…nantikan kemunculannya!

By  |  0 Comments

Proton-Raya-06

Wow! Proton sudah memulakan langkah untuk mempromosikan model baharu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Malah Proton juga telah megeluarkan promo khas untuk model yang lebih dikenali sebagai Proton Global Small Car (GSC) atau menggunakan kod nama P2-30A.

Promo khas tersebut menayangkan lampu utama projektor yang bakal menghiasi jentera hatchback lima pintu ini, dipaparkan pada sedutan terakhir sempena iklan Raya Proton 2014 dengan kapsyen ‘Nantikan Kemunculannya’.

Baru-baru ini Presiden Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan bahawa Proton bakal memproduksikan model-model kenderaan mengikut standard pasaran dunia, tetapi pembeli perlu membayarnya pada harga yang agak tinggi. Di mana kereta yang bagus perlu dibayar setimpal dengan harganya.

Iklan raya ini menampilkan model-model Proton yang boleh dianggap sebagai historikal seperti Saga (1985), Satria GTi (1997) dan Suprima S (2013)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *