Proton tawar pemeriksaan kereta percuma sempena Hari Raya Aidilfitri

By  |  0 Comments

proton-suprima-s-super-premium-infokereta-8

Sempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba ini, Proton berbesar hati untuk memberikan 20 mata percuma untuk pemeriksaan kenderaan para pelanggannya di stesen Petronas terpilih.

Program ini mendapat bekerjasama dengan kempen Coffee Break Petronas, akan bermula pada Khamis 24 Julai ini di stesen Petronas yang terletak di KM 15.3 NKVE Damansara.

Selain ganjaran 20 mata percuma itu, para pelanggan juga berpeluang mendapat khidmat nasihat percuma berkenaan dengan enjin dan penyelenggaraan kenderaan, serta cara terbaik untuk membezakan alat ganti tulen dan tiruan. Malah Proton juga akan memberikan token penghargaan buat pelanggan yang mengambil bahagian.

Menurut CEO Proton Edar Sdn Bhd, Azmi Idris, Proton memandang serius terhadap tahap keselamatan dan keselesaan para pelanggan. Justeru, menerusi kempen ini, Proton berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan para pelanggan dan pengguna jalan raya tentang betapa pentingnya keselamatan dan penyelenggaraan kenderaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *