Lima pemenang peraduan Shell Helix bakal diterbangkan ke Belgium Ogos ini

By  |  0 Comments

Shell Lubricants Brand & Communications Mgr Joanna Lean with the five Grand Prize winners  (front L - R) Wong Ken Hou, Kok Tuck Choon (back L-R) Mohd Sukhri Hadafi, Muhd Yusuf Abdurrahman and Low Ken Chin

Lima pengguna setia Shell Helix akan diterbangkan ke Belgium untuk menikmati ‘pengalaman Ferrari terunggul’ selepas mengatasi lima peserta lain dalam promosi global ‘The Ultimate Ferrari Experience’ di Litar Go-Kart Speedway PLUS baru-baru ini.

Mereka merupakan pemenang hadiah utama pertandingan yang dianjurkan oleh Shell Helix ini akan menyertai pemenang dari seluruh dunia dalam lawatan VIP ditanggung sepenuhnya selama lima hari empat malam ke Spa-Francorchamps, Belgium, untuk menyaksikan Grand Prix Formula One Belgium 2014 pada hujung bulan Ogos.

Di sana, mereka juga meluangkan masa bersama pasukan Scuderia Ferrari dan menyertai lawatan di sebalik tabir paddock.

Mereka yang bertuah itu ialah Kok Tuck Choon, Low Ken Chin, Mohammad Sukhri Hadafi bin Mohammad Hanif, Dr Muhammad Yusuf bin Abdurrahman dan Wong Ken Hou.

The 10 Shell Helix contest finalists during the go-kart challenge.

Mereka mencatatkan lima markah tertinggi dalam kuiz termasuklah pencarian dan ujian masa go-kart, yang dianjurkan khas untuk memilih pemenang peraduan pengguna Shell Helix yang popular untuk tahun ini.

Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Alex Lim, promosi global Shell Helix tahun ini menerima bilangan penyertaan tertinggi dengan 80,000 penyertaan, lebih dua kali ganda tahun lepas.

Dalam acara tersebut, Shell Lubricants juga menyampaikan hadiah kepada pemenang ‘teka bilangan botol Shell Helix Ultra di dalam kereta’ dan peraduan Instagram #cleanmyengine yang diadakan sempena pameran bergerak Shell Helix.

The Shell Lubricants team pose with the 10 contest finalists prior to the flag-off

Promosi global ‘The Ultimate Ferrari Experience’ Shell Helix 2014 membabitkan peraduan dua peringkat dari 1 April hingga 30 Jun 2014 dan terbuka kepada pelanggan yang membeli pek Shell Helix Ultra 4 liter dengan Teknologi PurePLus atau sebarang produk daripada rangkaian HX7.

Peringkat Satu peraduan menawarkan 10 hadiah pertama berupa wang tunai RM1,500 setiap satu, 10 hadiah kedua iaitu wang tunai RM1,000 setiap satu, manakala 10 pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM500.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *