Chevrolet Malibu bakal dilancarkan tidak lama lagi?

By  |  0 Comments

MALIBU2

Perkhabaran mengenai kemasukan Chevrolet Malibu ke Malaysia sudah bertebaran sejak Januari lalu. Namun selepas berlalu enam bulan, ia masih tidak menunjukkan sebarang petanda, bilakan tarikh sebenar dilancarkan secara rasmi.

Namun semalam, team Paultan.org berjaya mengesan kehadiran model ini di perkarangan Naza Automall PJ. Seakan memberikan petanda, tarikh pelancarannya untuk pasaran Malaysia menjelang tiba. Malah melalui risikan yang dilakukan, dengar cerita model ini bakal dijual pada harga jangkaan RM175,000. Malah menurut wakil jualan di situ, sebanyak RM15,000 diskaun akan diberikan kepada 500 pembeli pertama yang membuat tempahan untuk model yang dibawa masuk dari Korea Selatan ini.

MALIBU5

Walau bagaimana pun, model yang dibawa masuk ini bukan versi facelift tetapi yang diperkenalkan di peringkat global pada pertengahan 2013 lalu. Bakal memasuki segmen-D di sini, pastinya Malibu mampu memberikan persaingan yang agak sengit dengan pencabarnya seperti Toyota Camry, Honda Accord dan Nissan Teana. Namun kelebihan yang dipertaruhkan pada Malibu iaitu paras rupanya yang lebih menawan dan diinspirasikan berdasarkan model Camaro yang terkenal dengan imej serba sporty.

Malibu didatangkan dengan beberapa pilihan enjin bergantung pada pasaran) iaitu 2.4L Ecotec (165hp/225Nm), 2.5L (197hp/259Nm), 3.0L V6 (260hp/290Nm) atau 2.0L Turbo (260hp/353Nm). Malah enjin diesel 2.0L VCDI (160hp/350Nm) turut diletakkan sebagai calon pilihan. Namun untuk pasaran Malaysia, kemungkinan enjin 2.4L Ecotec menjadi pilihan.

Memandangkan pihak Chevrolet Malaysia masih berdiam diri mengenai perkara ini, maka kenalah kita menantikan maklumat selanjutnya kelak. Harap-harap Malibu sudah bersedia untuk dilancarkan pada masa terdekat ini bagi memeriahkan lagi pasaran industri automotif tempatan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *