Rancang perjalanan anda bagi mengelakkan tersangkut di kesesakan lebuh raya

By  |  0 Comments

ASXdrive21

Seperti musim perayaan yang lain, pastinya ia bakal menambah jumlah kenderaan di jalan-jalan utama dan lebuh raya menuju ke pelbagai destinasi. Malah pihak PLUS juga sudah pun mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi panduan untuk orang ramai merancang perjalanan sepanjang musim perayaan ini.

Bagi sambutan Aidilfitri ini, PLUS juga menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25, 26 dan 27 Julai serta 1, 2 dan 3 Ogos setiap hari. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Itulah sebabnya jadual TTA dikeluarkan iaitu terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Di mana jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 25 hingga 27 Julai (bagi perjalanan balik kampung) serta di antara 1 hingga 3 Ogos (bagi perjalanan balik kerja). Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat.

Screen Shot 2014-07-19 at 16.03.43

Dalam masa yang sama, PLUS juga akan membuka sementara beberapa laluan tertentu di lokasi projek Pelebaran Lorong Keempat yang sedang giat dijalankan bagi membolehkan orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada musim cuti perayaan yang akan datang.

Laluan-laluan tersebut adalah KM16.3 – KM14.7 (Arah Selatan) di laluan Damansara – Subang, KM13.3 – KM9.65 (Arah Selatan) di laluan Subang – Shah Alam, KM25.0 – KM28.5 (Arah Selatan) di laluan arca DBKL – Jambatan Segambut, KM445.26 – KM447.63 (Arah Selatan) di laluan Persimpangan Bertingkat Rawang – Rawang Selatan, KM282.2 – KM280.4 (Arah Selatan) di laluan Bandar Baru Nilai – Kilang Recron dan KM280.4 – KM268.6 (Arah Selatan) di antara Kilang Recron – Persimpangan Bertingkat Baru Seremban.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, pembukaan sementara laluan-laluan tertentu tersebut akan berkuatkuasa pada 23 Julai ini. Ia bertujuan membantu perjalanan yang lebih lancar serta menyuraikan trafik di laluan-laluan kritikal di lebuh raya pada musim perayaan yang datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *