Periksa kenderaan anda sebelum pulang berhari raya

By  |  0 Comments

20130811_131404_Richtone(HDR)

10 hari lagi umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bakal meraikan kedatangan Syawal yang dijangka pada 28 Julai ini. Jika ada yang masih punya kampung halaman, pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk pulang berhari raya untuk bertemu keluarga dan sanak saudara. Atau pun mungkin ada juga orang bandar yang punya perancangan untuk bercuti di mana-mana destinasi atau pun mengunjungi sanak saudara atau kenalan di serata destinasi.

Bagi yang merancang untuk memandu dengan jarak perjalanan yang panjang, jangan lupa untuk memastikan kenderaan anda benar-benar selamat untuk digunakan.

Anda boleh berkunjung ke mana-mana pusat servis kenderaan atau pun Puspakom bagi memeriksa tahap keselamatan kenderaan anda. Tetapi secara asasnya, anda juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri sebelum ke pusat servis kenderaan bagi penyelenggaran dan penukaran alat ganti (jika diperlukan).

Apa yang boleh anda lakukan? Info Kereta membawakan asas pemeriksaan kenderaan yang boleh anda lakukan terlebih dahulu sebelum membawanya ke mana-mana pusat servis berhampiran.

SERVIS1

1) Periksa keadaan tayar kenderaan bagi memastikan bunga tayar haus sama rata, tiada rekahan atau gelembung dan rodanya tidak bergoyang. Jika tayar kenderaan sudah haus (atau istilah lain ‘tayar botak’), anda disarankan menukarnya pada yang baharu.

Jangan lupa untuk membuat penjajaran (alignment) dan imbangan (balancing) tayar kenderaan anda. Imbangan tayar perlu diperiksa untuk memberi kestabilan memandu dan cara paling mudah mengesannya jika kenderaan lebih berat ke sebelah kiri atau kanan di samping stereng bergetar ketika memandu. 



Juga pastikan tayar diisi dengan angin secukupnya. Ops! Jangan lupa periksa keadaan tayar simpanan, pastikan ia juga cukup angin dan selamat digunakan. Juga sila pastikan kit menukar tayar lengkap seandainya tayar kenderaan pancit di tengah jalan, anda boleh menukarnya sendiri tanpa panik jika kit kelengkapannya tidak cukup.

2) Periksa brek terutama lapisan brek kenderaan dan tukar jika mulai menipis, haus atau tidak rata. 
Jangan lupa untuk periksa minyak brek dan saluran minyak juga. Kebocoran brek pada bahagian roda sukar dikesan jika membabitkan kebocoran kecil, tetapi boleh dikesan jika terdapat buih selepas menyembur air deras pada bahagian berkenaan.

3) Jangan lupa untuk memeriksa bateri kenderaan anda, adakah ia masih boleh digunakan lagi atau pun sudah sepatutnya digantikan pada yang baharu. Jika masih boleh digunakan, periksa kandungan airnya (bagi penggunaan bateri basah), pastikan ia berada di paras yang sepatutnya. Pastikan air digunakan itu berjenama dan dihasilkan syarikat yang berdaftar bagi mengelakkan memendekkan usia bateri. 



4) Periksa warna dan paras minyak enjin anda. Jika ia semakin likat dan hitam pekat, ini bermakna ia sudah kotor dan sudah sampai masanya untuk anda menukar pada minyak enjin yang baharu. Juga jangan lupa untuk memeriksa paras minyak enjin anda. Tambah jika diperlukan.

SERVIS2

Namun sebaik-baiknya untuk perjalanan yang jauh, anda disarankan untuk menukar minyak enjin yang baharu, termasuklah penapisnya (oil filter) sekali. Minyak enjin yang terlalu kotor boleh menyebabkan kompenan di dalam enjin bergeser dengan kuat kerana kekurangan molekul minyaknya.

5) Pemeriksaan air radiator tidak harus ditumpukan kepada tangki penyejuk sebaliknya perlu juga dilihat bahagian dalamnya. Buka penutup radiator dan mungkin dapat lihat air yang berkarat atau kotoran melekat pada penutupnya dan ia perlulah ditukar. 

Anda hanya perlu membuka penutup ‘drain out’ yang terletak di bahagian bawah radiator dan biarkan air mengalir hingga kering.

Kemudian jolok hos paip dan pancutkan air ke dalam lubang radiator supaya lebihan kotoran keluar. Selepas itu, tutup semula ‘drain out’ dan isikan radiator dengan air bersih dengan mencampurkan satu tin kecil penyejuk atau pencuci radiator.

5) Lampu utama, lampu utama dan lampu belakang juga usah diabaikan. Pastikan ia masih berfungsi dengan baik.

6) Pastikan penghawa dingin kenderaan anda berfungsi dengan sempurna. Jika perlu diservis atau ditambah gas, bawa saja ke pusat servis penghawa dingin kenderaan yang dipercayai.

7) Periksa semua tali sawat seperti ‘timing belt’ dan ‘air cond belt’, pastikan ia berada dalam keadaan baik, tidak merekah atau berbulu. Jika terdapat tanda-tanda kerosakan, sila tukar pada kompenen yang baharu.

8) Jika brek kenderaan berbunyi atau kenderaan bergegar ketika membrek, sila periksa sistem brek kenderaan anda termasuklah pad brek, hos brek dan juga piston di dalam brake caliper. Jika ia berada dalam keadaan yang kurang baik, tukarkan kepada alat ganti yang baharu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *