Naza Kia Malaysia raikan pemenang Regional Skill World Cup 2013

By  |  0 Comments

SONY DSC

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi kenderaan di bawah jenama Kia Motors di Malaysia hari ini menganjurkan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Regional Skill World Cup 2013. Ini merupakan pembabitan kali ke-empat buat Naza Kia Malaysia di dalam pertandingan ini.

Regional Skill World Cup 2013 disertai oleh juruteknik bertauliah Kia dari seantero dunia di mana ia menjadi medan bagi mereka mempamerkan kemahiran mengikut falsafah jualan Kia sendiri iaitu “Fix it Right the First Time”. Pertandingan dwi-tahunan ini dianjurkan oleh Kia Motors Corporation (KMC) dengan Malaysia sebagai negara tuan rumah. Para peserta yang mengambil bahagian datang dari pelbagai negara termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Vietnam.

Melalui pelbagai cabaran yang ditetapkan, antaranya mengenal pasti masalah enjin, transmisi, elektrikal dan casis pada kenderaan sebenar, melakukan trouble-shooting serta ujian bertulis, setiap peserta akan dinilai bagi menentukan tahap kemahiran mereka. Malah daripada situ, pemilihan pemenang turut dilakukan.

“Ia merupakan salah satu motivasi penting dan galakan bagi peserta untuk memperbaiki serta menambahkan pengetahuan teknikal di kalangan mereka. Kemahiran teknikal yang tinggi mampu meningkatkan lagi kualiti dan kredibiliti sekali gus memberikan perkhidmatan yang cemerlang seperti mana yang diharapkan oleh para pelanggan. Ini merupakan matlamat utama di dalam penganjuran Regional Skill World Cup 2013,” ujar Roshdy Hassan iaitu Pengurus Besar bahagian operasi Naza Kia Malaysia.

Huoang Nguyen Xuan dari Vietnam berjaya mendapat hadiah utama iaitu berupa sijil penyertaan, pingat emas dan iPad Mini. Manakala di tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd Yusri Yahya (Malaysia) dan Nurhidayat (Indonesia) yang mendapat sijil penyertaan, pingat perak dan kamera digital setiap seorang. Manakala di tempat ketiga pula diduduki oleh Zahari Bujang (Malaysia), Richard Garcia (Brunei) dan Eleazar Morata (Filipina) yang membawa pulang sijil penyertaan, pingat gangsa dan jam tangan KIA setiap seorang.

Dalam masa yang sama, Naza Kia Malaysia turut mengumumkan bakal melancarkan kereta Optima model dinaik taraf pada January 2014 ini. Kereta sedan daripada segmen-D ini bakal ditawarkan pada harga yang berpatutan dengan pelbagai elemen yang menarik. Sehubungan itu, Naza Kia Malaysia turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang bakal dibuka penyertaannya kepada umum tidak lama lagi. Maklumat selanjutnya akan didedahkan pada Januari ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *