Peugeot Kota Kinabalu telah pun dilancarkan

By  |  0 Comments

Peugeot Kota Kinabalu

Berita baik untuk orang-orang di Sabah yang teringin untuk memiliki kenderaan di bawah jenama Peugeot. Nasim Sdn Bhd iaitu pengedar utama jenama ini di Malaysia telah pun melancarkan cawangan pusat pameran Peugeot di Kota Kinabalu, Sabah secara rasminya pada hari ini.

Diuruskan sepenuhnya oleh Angkatan Hebat Motor Sdn Bhd, ini merupakan pusat pameran kedua Peugeot yang beroperasi di Sabah dan menyasarkan perkhidmatan penjualan model Peugeot bagi kawasan berhampiran seperti Inanam, Likas dan Penampang.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif Angkatan Hebat Motor Sdn Bhd, Datuk Dr Hj Ajaz Ahmad Nabijan. Dalam majlis tersebut juga berlangsungnya penyerahan model 208 GTi yang buat pertama kalinya diedarkan di Malaysia Timur.

Angkatan Hebat Motor Sdn Bhd merupakan wakil pengedar rasmi yang dilantik oleh Nasim Sdn Bhd untuk menjual kenderaan Peugeot di Sabah semenjak tahun 2011. Peugeot Kota Kinabalu yang terletak di Api-Api merupakan pusat cawangan satelit (1S)yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti termasuk ruang istirehat buat pelanggan dan kemudahan WiFi berkelajuan tinggi dengan kos keseluruhan sebanyak RM400,000.

Peugeot Kota Kinabalu turut bekerjasama dengan bilik pameran Peugeot yang terletak di 1Borneo Hypermall dan wakil pengedar 2S Peugeot iaitu perkhidmatan selepas jualan, dikenali sebagai Peugeot 1Borneo, yang terletak di Kolombong.

Menurut Ketua Pengawai Operasi Nasim Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George, “Dengan pembukaan cawangan yang terletak di kawasan yang cukup strategik iaitu Kota Kinabalu, kami berharap agar Angkatan Hebat turut sama-sama mampu menyerlahkan lagi potensi Peugeot di rantau ini.”

Peugeot Kota Kinabalu merupakan pusat pameran Peugeot kesembilan yang dilancarkan pada tahun ini untuk pasaran Malaysia. Pusat pameran Peugeot yang turut dilancarkan pada 2013 ialah di Butterworth, Batu Pahat, Alor Setar, Kuala Terengganu, Georgetown, Nusajaya, Jalan Klang Lama dan Setia Alam. Menjadikan jumlah keseluruhan pusat pameran Peugeot yang dibuka di seluruh Malaysia telah mencecah 30 buah setakat ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *