Proton bakal muncul dengan model baharu yang lebih canggih & berkualiti – Tun M

By  |  0 Comments

Suprima-S-launch-00510

Laporan Berita Harian petang tadi menyebut Proton Holdings Bhd menjamin model baharu yang bakal dilancarkan kelak akan lebih canggih dan mempunyai standard yang tinggi serta pada harga lebih murah berbanding kereta import.

Kenyataan penuh optimis itu dinyatakan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang berkata Proton kini sudah mengenal pasti kelemahan serta kekurangan yang ada pada model lama dan sudah melaksanakan usaha memperbaikinya.

Tambahnya lagi, Suprima S dan Preve merupakan model keluaran Proton terbaharu yang telah dipertingkatkan kualitinya.

Malah Tun M juga berkata masalah yang sering dihadapi oleh kenderaan Proton seperti cermin tidak boleh naik dan paip bocor adalah bukan salah Proton. Di mana, katanya komponen terbabit diperoleh daripada vendor yang kadang kala telah menukar material bagi mengurangkan kos pengeluaran mereka.

Justeru, bermula pada tahun ini, Proton telah menetapkan tidak akan menggunakan bahan kurang bermutu dan model kereta pada masa depan tidak akan ada kecacatan.

Bercakap mengenai rancangan pemindahan operasi ke Proton City di Tanjung Malim, Perak, Tun M berkata, rancangan itu memang ada dan mungkin dilaksanakan dalam tempoh kurang daripada lima tahun.

Beliau berkata, Proton akan mengambil kira kebajikan pekerjanya seperti tempat tinggal serta persekolahan anak-anak sebelum mengambil keputusan berpindah ke Proton City itu.

Bagi membangunkan kilang di Tanjung Malim, Tun M berkata, Proton membelanjakan RM1.8 bilion bagi tujuan tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *