Shell kembali ke WRC & bekerjasama dengan Hyundai Motorsports

By  |  0 Comments

(L-R) Colin Abraham, Shell Vice President Marketing (Fuels and Lubricants) with G.H. Choi, President of Hyundai Motorsport GmbH

Shell telah mengumumkan keputusannya untuk kembali ke Kejuaraan Rali Dunia (WRC) F.I.A. (Féderation Internationale de l’Automobile) sebagai Rakan Kejuaraan Pasukan Rali Dunia Hyundai Shell. Hyundai i20 WRC baharu akan menggunakan minyak enjin Shell Helix Ultra dan memaparkan jenama Shell Helix dalam semua acara WRC, bermula dengan penyertaan pertama pasukan mereka di Rallye Monte-Carlo pada 16 sehingga 19 Januari 2014.

Shell berpendapat, kerjasama yang terjalin antara Hyundai Motorsport merupakan permulaan era baharu yang lebih dinamik bagi jenama minyak enjin terkemuka ini. Malah kedua-duanya pasti saling memberikan kerjasama yang padu bagi membuat persediaan untuk musim perlumbaan pertama.

Hyundai i20 WRC akan memanfaatkan pengalaman serta hasil penyelidikan dan pembangunan Shell yang tiada tandingan apabila pasukan ini menyertai beberapa acara paling mencabar dalam sukan motor dunia.  Pakar sains Shell sudah mula bekerja dengan pasukan juruteknik Hyundai Motorsport untuk menyediakan keperluan minyak pelincir enjin Shell Helix Ultra dan produk lain bagi kegunaan dalam perlumbaan, ujian dan pembangunan.

The Hyundai i20 of the Hyundai Shell World Rally Team
 
Kepakaran yang dikongsi dengan Hyundai dalam WRC adalah berasaskan kejayaan perkongsian teknikal Shell yang sekian lama dalam banyak bentuk sukan motor.  Kejuaraan Rali Dunia FIA adalah satu daripada perlumbaan sukan motor paling mencabar di dunia, dengan pelbagai bentuk permukaan jalan, daripada ais dan salji kepada asfalt atau batu kerikil, dan suhu antara -30°C hingga +40°C, yang menuntut enjin memberikan prestasi paling tinggi.  Minyak pelincir Shell Helix Ultra boleh membantu melindungi enjin prestasi tinggi daripada enapan yang boleh menjejaskan kuasa dan prestasi dalam setiap acara WRC.

Jentera i20 WRC ini akan dikendalikan oleh pemandu utamanya iaitu Thierry Neuville dan bergandingan dengan Nicolas Gilsoul.

Hyundai Shell World Rally Team drivers Thierry Neuville (L) and Nicolas Gilsoul

Untuk rekod, sebelum ini Shell telah banyak mencipta kejayaan dalam kejuaraan Rali Dunia F.I.A termasuklah bersama pasukan Ford, Skoda dan Suzuki.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *