Pemenang cabutan bertuah Siri Jelajah Mega Suzuki diraikan

By  |  0 Comments

Grand Prize Winner Pn Syahrida & husband with Mr Keiichi & En Shahrul_3

Siri Jelajah Mega Suzuki yang berlangsung bermula Disember 2013 hingga Mac lalu telah pun berakhir. Ia melibatkan 16 buah lokasi termasuklah Kuala Lumpur, Sungai Petani, Kuching, Kota Kinabalu, dan berakhir di Shah Alam.

Ribuan pengunjung tidak melepaskan peluang berkunjung ke siri jelajah ini untuk melihat dan merasai pengalaman lebih dekat dengan model Suzuki yang dipamerkan, termasuklah menyertai pelbagai aktiviti menarik, antaranya cabutan bertuah.

Baru-baru ini, satu majlis ringkas telah dianjurkan oleh Suzuki Malaysia Automobile (SMA) bagi meraikan pemenang cabutan bertuah. Bertempat di Baci Italian Cafe, Citta Mall, Syahrida Deha, wanita berusia 36 tahun yang berasal dari Alor Star telah terpilih sebagai pemenang tempat pertama. Dia telah memenangi pakej percutian lapan hari enam malam ke Jepun untuk dua orang.

Menurutnya, kemenangan ini tidak dijangka memandangkan kunjungannya ke siri jelajah itu untuk melihat lebih dekat model Swift dan kemudian mengambil keputusan untuk membelinya.

Pemenang tempat kedua yang turut diraikan ialah Abdul Aziz Haji Jantan, dari Kuantan, yang memenangi set home theatre dan TV LED 60 inci.

Dan pemenang lain yang turut bertuah dalam cabutan bertuah ini ialah Ong So Tiap dari Bachok, Kelantan dan Lim Poh Chin yang berasal dari Pulau Pinang. Masing-masing menerima akaun simpanan ASB/ASN bernilai RM10,000 dan baucer membeli-belah Parkson bernilai RM5,000.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Keiichi Suzuki selaku Pengarah Urusan SMA.

Berdasarkan maklum balas yang positif terhadap Siri Jelajah Mega Suzuki, SMA turut memperkenalkan kempen Tawaran Hebat Suzuki yang bermula sekarang sehingga Ogos 2014. Antara promosi yang dianjurkan ialah mana-mana pelanggan yang membeli model Swift baharu berpeluang untuk memilih antara rebat tunai bernilai RM4,000, insurans percuma selama setahun atau dua tahun servis percuma (tertakluk pada terma dan syarat).

Bukan itu sahaja, promosi bagi model Suzuki yang lain pun turut ditawarkan dan bagi mengetahuinya sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Suzuki berhampiran.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *