Mitsubishi turut memeriahkan The Spring Live Active Run 2014

By  |  0 Comments

CEO of MMM Mr. Tetsuya Oda before the start of the Live Active Run! Mr. Oda ran for 21km

Baru-baru ini telah berlangsungnya The Spring Live Active Run 2014 di Kuching, Sarawak. Ia merupakan program khidmat sosial (CSR) yang disasarkan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama bertujuan mengutip dana bagi pusat kebajikan terpilih.

Antara penaja yang terlibat di dalam program ini ialah Mitsubishi Motors Malaysia (MMM). Acara larian ini dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan jarak iaitu 21km, 10km, 5km “Fun Run” serta 1km “Kids Dash”.

The Spring Live Active Run 2014 merupakan acara komuniti terbesar di Sarawak dan MMM telah terlibat sebagai salah satu penaja sejak tahun 2012.

Prize Giving Ceremony

Bagi penganjuran tahun ini, sebanyak RM60,000 dana telah berjaya dikumpulkan dan dibahagikan kepada empat pusat kebajikan iaitu Sarawak Hospice Society, Sarawak Breast Cancer Support Group, Habitat for Humanity dan Special Olympics Sarawak.

Malah sepanjang acara berlangsung, MMM turut mengambil kesempatan untuk mempamerkan jentera ASX iaitu model pertama CKD bagi Mitsubishi di Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *