GWM M4…Macam Best Jer!

By  |  0 Comments

GWM_M4_01

Macam Best Jer! Itulah slogan yang dipertaruhkan bagi model SUV kompak yang bakal diperkenalkan oleh Great Wall Motors Malaysia (GWM) dijangkakan berlangsung pada pertengahan bulan ini setelah hampir beberapa kali tarikh pelancarannya tertunda.

Baru-baru ini, GWM makin memperhebatkan lagi promosi bagi model GWM M4 ini menerusi laman web rasminya dan laman sosial FB.

Bakal tampil dengan tiga varian yang masih dirahsiakan, GWM M4 ini akan dijual pada harga bermula RM48,000 seunit.

M4 dijanakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder sebaris DOHC Electronic Throttle VVT MPI Gasolin yang mampu memberikan kuasa sehingga 78 kW pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm.

M4_07

Ia juga didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu automatik enam kelajuan dan manual lima kelajuan yang kedua-duanya ada versi 2WD dan 4WD.

Malah GWM turut mendakwa, model M4 ini diyakini mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga enam liter bagi setiap 100 km dengan penggunaan emisi standard Euro IV.

Bagi memberikan pengendalian yang lebih mantap, M4 ini turut dipadankan dengan sistem suspensi topang MacPherson Independent untuk bahagian hadapan dan Trail Arm Torsion Bar Composite bagi bahagian belakang.

Manakala untuk sistem brek pula, ia dikuasai oleh cakera Ventilated yang mengawal keempat-empat tayar.

M4 memiliki ukuran 3,961 mm bagi kepanjangannya, selebar 1,728 mm, ketinggian 1,617 mm dan jarak lebar pula 2,383mm.

GWM_M4_03

Antara elemen yang turut ditampilkan bagi model SUV ini ialah beg udara berkembar SRS, lampu utama boleh laras secara elektronik, reverse radar, ABS dan EBD.

Malah sempena dengan pelancarannya tidak lama lagi, GWM turut akan menganjurkan satu pertandingan yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Bagi yang mahu menyahut cabaran ini, layari laman web rasmi GWM. Hadiah utama berupa sebuah GWM M4 yang bernilai lebih RM50,000 bakal menanti pemenang. Pertandingan ini bakal berlangsung pada penghujung Ogos ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *