Peugeot 3008 dilancarkan di Peugeot Kuching

By  |  0 Comments

NASIM LAUNCHES THE NEW PEUGEOT 3008 SUV IN PEUGEOT KUCHING 2

Selepas melancarkannya untuk Semenanjung pada 17 April yang lalu, kini giliran Peugeot 3008 menembusi pasaran timur Malaysia pula.

Memilih Peugeot Kuching sebagai lokasi pelancarannya, Peugeot 3008 tampil dengan kekuatan yang tersendiri iaitu mempertaruhkan gaya yang elegan dan kontemporari serta dilengkapi teknologi penuh intuitif bagi mencipta pengalaman baharu dalam pemanduan.

Menurut COO Nasim Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George, SUV 3008 ini adalah penanda aras baharu bagi segmen ini di dalam pasaran. Malah pihak Nasim mensasarkan jualan sebanyak 100 unit untuk SUV ini yang menyumbang sebanyak 18 peratus dalam keseluruhan sasaran di seluruh negara.

Peugeot_3008_26

Dijanakan oleh enjin 1.6 liter Turbo dengan pemasaan injap boleh laras (VVT) yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 165 PS dan tork 240NM menjadikan 3008 baharu ini sebagai SUV yang paling berkuasa di dalam segmennya.

Enjin ini turut dipadankan dengan kotak gear automatik adaptif enam kelajuan serta fungsi Tiptronic dan mod Sport. Ia mampu dipacu daripada titik sifar hingga 100km/j dalam tempoh masa 9.5 saat dan mampu mencatat kelajuan tertinggi sehingga 202km/j.

Kehadiran jeriji baharu dan lampu kabus dengan rekaan yang sungguh menyerlah telah melengkapi gaya hadapan 3008 ini. Malah ia juga menerapkan sistem Pencahayaan Dinamik Bi-Xenon Advanced dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED yang dilingkari kemasan krom turut menyuntik gaya yang lebih berkarisma.

Begitu juga dengan penampilan lampu belakang LED yang membuatkan 3008 ini tampak sangat bergaya.

Manakala elemen yang ditampilkan pada bahagian kabin, termasuklah skrin berwarna pelbagai-fungsi bersaiz tujuh inci dengan skrin paparan berwarna navigasi yang berfungsi untuk navigasi secara audio, trip computer, bantuan parkir hadapan dan belakang serta imej yang dirakamkan oleh kamera undur.

Selain daripada itu,3008 baharu ini juga dilengkapi dengan enam beg udara, Bantuan Mendaki Bukit, Program Keselamatan Elektronik (ESP), EBD, Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Anti-Skid Regulation (ASR) dan Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) bagi memberi penambah baikan terhadap pengendalian sewaktu berhadapan dengan kesukaran dalam pemanduan. Di mana 3008 turut menerima pengiktirafan lima bintang dari EURO NCAP.

Peugeot_3008_31

Peugeot 3008 baharu ini didatangkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu putih (Pearl White), hitam (Nera Black), Aluminium, serta dua warna baharu yakni merah (Rouge Red) dan biru (Bourrasque Blue).

Ia sudah pun berada di semua bilik pameran Peugeot di seluruh negara dan ditawarkan pada harga RM153,888.00. Setiap pembeliannya (termasuk mana-mana model Peugeot) didatangkan dengan waranti selama lima tahun berserta jumlah perbatuan tanpa had dengan tawaran 24 jam perkhidmatan Peugeot Assistance, keahlian Peugeot Privilege dan banyak lagi yang menarik sebagai penghargaan kepada para pelanggan.

Ikuti ulasan pandu uji Peugeot 3008 di SINI INI.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *