Sime Darby melepaskan hak francais Alfa Romeo

By  |  0 Comments

Alfa-Romeo-Giulietta

Sime Darby telah mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Sime Darby Auto Italia (SDAI) secara sukarelanya melepaskan hak pengedaran Alfa Romeo untuk pasaran Malaysia, menurut report yang dikeluarkan oleh AmResearch semalam.

SDAI yang bertanggungjawab di dalam pengedaran dan pemasaran model Alfa Romeo di pasaran Malaysia sejak tahun 2005, dikatakan hanya bertanggungjawab di dalam urusan perkhidmatan selepas jualan dan komitmen jaminan di pusat jualannya yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, buat sementara waktu sehingga pengedar baharu dilantik oleh Alfa Romeo.

Walau bagaimana pun, Sime Darby tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan alasan melepaskan hak pengedaran Alfa Romeo tersebut. Sebagai makluman, buat setakat ini Sime Darby telah mendaftarkan 38 model kenderaan CBU untuk pasaran tempatan pada tahun 2012 dan hanya 18 unit buat tahun ini mengikut data yang dikeluarkan oleh MAA (sehingga Ogos 2013).

Ia hanya jumlah yang agak kecil berbanding 89,000 kenderaan yang berjaya dijual oleh Sime Darby Motors pada tahun kewangan 2013. Secara tidak langsung telah memberikan sedikit kesan terhadap divisi permotoran yang merupakan penyumbang ketiga terbesar di dalam tahun kewangan 2013.

Untuk rekod, Sime Darby telah menjadi wakil kepada 30 jenama automotif di 10 pasaran Asia Pasifik dalam aspek pengedaran, penjualan dan operasi pemasangan. China dan Malaysia merupakan pasaran terbesar bagi Sime Darby di mana jika digabungkan kedua-duanya, ia telah merangkumi setengah daripada keseluruhan jumlah penjualannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *