Perodua Viva turun harga!

By  |  0 Comments

Screen Shot 2014-06-16 at 21.49.39

Bagi anda yang inginkan sebuah kereta yang ringkas, kecil dan harganya begitu berpatutan, ini ada berita baik buat anda.

Mulai hari ini, Perodua telah menurunkan harga atas jalan bagi model Viva. Di mana penurunannya mencecah sehingga RM5,300.

Bukan itu sahaja, sempena dengan penurunan harga ini, Perodua juga sangat berbesar hati untuk memberikan bonus tunai sebanyak RM800 untuk sesiapa yang menempah dan mendaftar model Viva di antara 17 Jun sehingga 31 Ogos 2014.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, selain daripada penurunan harga dan bonus tunai, para pelanggan juga berpeluang menikmati pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun (yang turut ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua).

Screen Shot 2014-06-17 at 10.13.22

Datuk Aminar juga menambah, “Penurunan harga ini dilakukan di atas inisiatif penjimatan kos yang diamalkan oleh Perodua sejak tahun 2011. Malah kami juga mahu Viva menjadi model dengan harga paling berpatutan seperti mana aspirasi kerajaan yang inginkan kenderaan sebegitu untuk rakyat Malaysia.”

Penurunan harga yang bermula pada hari ini melibatkan 181 bilik pameran Perodua di seluruh negara.

Jadi, apa tunggu lagi? Mahu kereta baharu (atau kereta kedua?) untuk Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi? Mungkin Viva ‘jodoh’ anda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *