1,200 CCTV ITIS dipasang untuk memantau pergerakan trafik di KL

By  |  0 Comments

bkk-ratchaprasong-dt-1

Terdapat 1,200 kamera litar tertutup (CCTV) baharu telah dipasang di sekitar jalan raya di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini, menurut laporan The Star.

CCTV ini akan memantau keadaan trafik di kawasan sekitar, termasuklah membabitkan isu jenayah. Ia dikawal selia oleh Intergrated Transport Information System (ITIS).

Menurut Pegawai Penguatkuasa DBKL, Mohd Hisham Izhar, ITIS akan membantu pihak polis dan DBKL untuk memantau keadaan trafik di sekitar KL.

Apabila pegawai yang memantau CCTV ini mengesan kesesakan atau kejadian yang tidak diingini berlaku di sesuatu kawasan, ia akan terus dimaklumkan kepada pihak polis atau pun DBKL untuk mengambil sebarang tindakan. Pemantauan ini dilihat sebagai salah satu cara yang cukup efektif bagi menguruskan pergerakan trafik pada masa kini. Apatah lagi ia melibatkan kawasan ‘sehangat’ KL.

ITIS_Traffic_Webcam

Dilancarkan pada tahun 2005, sebelum ini ITIS cuma mempunyai 300 buah CCTV sahaja. Tetapi bilangannya telah bertambah berdasarkan keperluan masa kini.

Sesetengah CCTV mampu berpusing 360 darjah bagi memberikan pemantauan yang lebih bersepadu. Kehadiran CCTV ini turut membantu mengesan salah laku yang dilakukan oleh pemandu teksi, bas, lori dan kenderaan persendirian.

Malah pemantuan ini turut membantu pihak SPAD untuk mengambil tindakan serta merta terhadap mana-mana pemandu yang didapati melanggar peraturan jalan raya termasuklah yang menjadi punca berlakukan kesesakan di sesetengah kawasan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *